Baru-baru ini, JD Sports telah membuka semula butik mereka di Mid Valley Megamall. Berbanding dahulu, butik terkini JD Sports serba baharu ini jauh lebih besar dan mempunyai pelbagai pilihan.

Tawar Pelbagai Koleksi Menarik 

Dikenali sebagai butik yang begitu dikenali menjual pelbagai jenama kasut terekan diseluruh dunia, pelbagai koleksi terbaharu dan eksklusif boleh didapati disini antaranya seperti The Nike’s Air Max 97, Puma RS-0 Trophy, JD Exclusive Puma XTG Apparel Collection, Pink Soda Sport Longsleeve Tape Tee, Supply & Demand Rainbow Poly Hoodie dan banyak lagi.

Pentas Peragaan Di Atas Eskalator 

Bagi memperagakan koleksi-koleksi tersebut, JD Sport turut membuat satu acara pertunjukan fesyen bersempena dengan pembukaan semula butik mereka.

Uniknya lagi, pertunjukan fesyen ini bukanlah dibuat diatas mana-mana pentas, sebaliknya menggunakan eskalator sebagai pentas peragaan para model seperti Alicia Amin yang dilihat ‘mengetuai’ pertunjukan fesyen street wear ini.

Selain itu, penyanyi rap terkenal Aman Ra turut diundang membuat persembahan pada majlis perasmian tersebut. Unik bukan?