Semalam telah berlangsungya Met Gala 2019 , sebuah acara tahunan yang menampilkan deretan selebriti antarabangsa memakai ‘kostum’ unik mereka tersendiri.

10 Yang Paling ‘Wow’ 

Bertemakan ‘Camp: Notes on Fashion’, acara yang diadakan The Metropolitan Museum of Art, New York, United States ini benar-benar menarik perhatian. Manakan tidak, lensa media antarabangsa tertumpu pada pakaian-pakaian selebriti ini yang kelihatan cukup unik. Malah tida kurang juga ada yang kelihatan aneh dan menjanggalkan. Hangat.com rangkumkan 10 selebriti kami yang paling ‘wow’ di acara itu.

10Cardi B 

Over! Itulah satu frasa yang terlintas di fikiran kami tatkala melihat fesyen yang digayakan oleh Cardi B sehingga memaksa petugas memegang gaun saratnya yang berwarna merah. Mungkin itu sengaja dibuat oleh penyanyi rap ini untuk kelihatan lain daripada yang lain. Kelihatan agak berat disitu.

9The Kardashians 

Barangkali keluarga besar The Kardashians ini nampak seperti biasa-biasa sahaja. Namun, tahukah anda di media sosial sedang hangat memperkatakan mengenai mereka. Alasan mereka? Cukup dengan melihat gambar di bawah dan anda punyai jawapannya.

8Harry Styles 

Feminin looks! Menurut Harry, dia selesa memakai sepersalinan sebegini. Lihat sahaja cincin dan subang yang dipakainya, sesuatu yang berani bukan?

7Priyanka Chopra & Nick Jonas 

Pasangan yang baru berkahwin ini tampil unik dengan busana tersendiri. Menetapkan warna perak sebagai kemasan sedondon, siapa sangka hubungan pasangan ini bermula di acara MET Gala!

6Kety Perry

Uniknya! Sekali pandang kita sudah mengetahui bahawa Kety Perry adalah ‘sebuah chandelier’ bergerak. Barangkali Kety boleh duduk di sebelah penyanyi Chandelier, Sia. Terfikir pula kami bagaimana Kety mahu duduk ya?

5Ezra Miller 

Wow! Siapa sangka aktor The Flash ini mampu tampil sebegini. Agak menyeramkan dengan solekan pelbagai mata sehingga mengelirukan manakah sepasang mata yang sebenar

4Michael Urie

Pelakon Ugly Betty ini juga kelihatan cukup unik. Menampilkan busana dua jantina, Michael Urie tampak seperti seorang ‘Joker’ yang penuh dengan psycho.

3Lady Gaga

Gaga is back! Suatu ketika dahulu Lady Gaga sememangnya dikenali sebagai seorang yang unik. Tahun ini, bukan satu malah 4 peragaan ditampilkan Gaga sempena dengan acara ini.

2Zendaya 

Unik dan cukup ayu! Pelakon filem Spiderman ini merealisasikan impiannya untuk bergelar Cinderella.

Malah siapa sangka, gaun yang dipakainya turut mempunyai ‘magis’ tersendir. Benar-benar kelihatan seperti Zenderella!

1Jared Letto

Perkenalkan Jared dan Jared. Tidak ‘keseorangan’ tahun ini, Jared Letto turut ditemani ‘kembar’ nya.  Unik atau biasa bagi anda?