Persahabatan yang begitu rapat diantara kedua-dua penyanyi ini sememangnya tidak dapat disangkal lagi. Malah hampir kemana-mana sahaja baik Wany Hasrita mahupun Wani Syaz pasti akan ditemani satu sama lain.

Tampil Dengan Sinar Terindah 

Tidak hairanlah kedua-dua penyanyi ini tampil dengan single duet terbaharu mereka yang berjudul Sinar Terindah yang kini dimuatnaik di laman YouTube bermula hari ini. Sebelum ini, ramai peminat mahu kedua-dua penyanyi ini berkolaborasi dalam sebuah single apatah melihatkan mereka sering kali membuat ‘cover’ lagu dari penyanyi lain bersama-sama.

Dipuji Peminat

Menariknya lagi mengenai single ini, ianya telah dihasilkan sendiri oleh kedua-dua ‘Wany dan Wani’ ini. Wany Hasrita bertindak sebagai penulis lirik manakala lagunya telah dihasilkan oleh Wany Syaz. Berdasarkan carian terkini kami di laman YouTube FMC Music, single Sinar Terindah ini sudah mencecah lebih dari 40 ribu tontonan dan mendapat sambutan yang positif di kalangan peminat.

BACA  Trending No 1 Di YouTube! Lagu Raya 4 Penyanyi Ini Dipuji Peminat

Selain menganggap ianya sebuah naskah terindah di bulan Ramadan ini, rata-rata peminat turut memuji bakat yang dimiliki oleh kedua-dua penyanyi muda ini. Tahniah diucapkan buat Wany Hasrita dan Wani Syaz!