Meghan Markle baru saja melahirkan anak pertamanya dengan Putera Harry. Markle melahirkan bayi lelaki dengan berat  3.2 kilogram pada Isnin, 6 Mei 2019, pada jam 05:26 waktu England.

Informasi mengenai kelahiran putera pertama Meghan Markle dan Pangeran Harry tersebut pertama kali disampaikan melalui Instagram rasmi pasangan ini, @sussexroyal.

Seperti mana yang diwar-warkan sebelum ini, Meghan Markle memilih untuk tidak melahirkan di Lindo Wing seperti kakak iparnya, Kate Middleton. Meskipun begitu ada beberapa peraturan melahirkan dari kerajaan tradisional yang masih harus dia ikuti.

Berikut sepuluh fakta yang harus Anda ketahui dalam persiapan untuk kelahiran diraja seperti dilambil dari laman Hello Magazines

1Ratu Elizabeth II akan diberitahu terlebih dulu

Ratu Elizabeth 11 akan menjadi orang pertama yang mengetahui bahawa bayi diraja telah lahir dengan selamat. Ketika Putera George lahir, Putera William memberitahu neneknya menerusi telefon yang dienkripsi khusus untuk menyampaikan khabar gembira itu. Kemudian barulah meneruskan beritan untuk memberi tahu keluarga Kate Middleton, beberapa jam sebelum mengumumkan kelahiran kepada umum.

BACA  Kanye West Bengang Drake Follow Kim Kardashian Di Instagram?

2Kenyataan Rasmi oleh Istana

Kenyataan rasmi akan di maklumkan melalui di laman web seperti royal.gov.uk, dan akan dikirim kepada media selepas kelahiran, tetapi Putera Harry juga akan menggunakan akaun Twitter keluarga diraja rasmi, dan akaun Instagram mereka sendiri, untuk berkongsi berita di media sosial.

3Pemberitahuan kelahiran rasmi akan ditempatkan di papan tanda pengumuman khusus

Pengesahan kelahiran akan ditempatkan pada papan pengumuman khusus di halaman depan Istana Buckingham. Pengumuman itu dilengkapi cop surat Istana Buckingham dan akan ditandatangani oleh doktor yang menguruskan kelahiran Meghan Markle. Di dalam pengumuman terdapat informasi jenis jantina, waktu kelahiran dan kalimat singkat tentang kesejahteraan anak dan ibu.

5Bayi akan memiliki tiga atau empat nama

Bayi Putera Harry dan Meghan Markle akan memiliki tiga atau empat nama. Misalnya nama tengah Puteri Charlotte adalah Elizabeth dan Diana. Ratu harus menyetujui nama-nama bayi kerajaan yang paling dekat dengan takhta.

6Bayi Meghan Markle tidak memiliki gelaran  diraja

Pada tahun 2012, Ratu menyatakan bahawa semua anak Putera William dan Kate Middleton akan dikenali sebagai Putera atau Puteri, tetapi saat ini tidak ada peraturan yang sama untuk anak-anak Putera Harry. Ini bermakna bahawa bayi Duchess of Sussex mungkin tidak memiliki gelaran kebesaran diraja. Jika ditawar gelaran, pasangan ini dapat menolaknya, seperti yang dilakukan Puteri Anne untuk Zara Tindall dan Peter Phillips.

7Pemberian hormat dengan senjata

Kelahiran bayi kerajaan secara tradisional ditandakan dengan tembakan senjata oleh King’s Troop Royal Horse Artillery. Tembakan senjata dasar adalah 21 pusingan, tetapi jika dilakukan di taman kerajaan, 20 putusingan tambahan ditembakkan. Jika di Menara London, 62 pusingan, dasar 21, lalu 20 tembakan karena Menara adalah Istana Kerajaan dan 21 untuk kota London.

BACA  Masih Jelita! Beginilah Wajah Puteri Diana Jika Masih Hidup

8Meghan Markle akan berada di Tempat Yang Di Kawal Ketat

Meskipun belum diketahui di mana Meghan Markle melahirkan, tidak ada keraguan bahawa dia akan memiliki perawatan terbaik. Baik di rumah sakit pilihannya atau di rumah, seperti yang dikhabarkan.

9Pembaptisan

Bayi kerajaan akan dibaptis dalam replika renda pembaptisan Honiton dan satin yang dibuat untuk puteri tertua Ratu Victoria pada tahun 1941. Meskipun kita tidak tahu persis di mana bayi itu akan dibaptis, diperkirakan bayi Meghan Markle akan dibaptis di Istana Windsor.

10Bayi diraja memiliki antara empat sampai tujuh wali baptis

Meskipun tidak diketahui berapa banyak orangtua baptis yang akan dimiliki bayi baru ini, Putera George memiliki tujuh, Putera Louis memiliki enam dan Charlotte, lima.