Nampaknya penyanyi Ezlyn Ariffin telah meluahkan perasaan kesal dan kecewa baru-baru ini. Ia berpunca daripada bekas suaminya Adam Fahmy belum melunaskan hutang berjumlah RM23,642. Kekesalannya ini telah ditulis Ezlyn di media sosial semalam.

β€œSila bayar hutang yang awak hutang saya. Jangan tak mengaku bila orang suruh bayar. Jangan tuduh orang lain yang hutang awak pula,” tulisnya

Dalam kenyataannya, Ezlyn meminta Adam menyelesaikan bil tertunggak terlebih dahulu sekiranya mahu menjual rumah.

“Kalau awak nak jual rumah ini, bayar dulu bil-bil tertunggak yang awak tinggalkan dulu,” tulisnya.

Seperti apa yang dibongkarkan oleh Ezlyn,Β  jumlah hutang itu merangkumi yuran perkhidmatan berjumlah RM13,000, bil elektrik RM4,000 dan semua hasil kerjanya sejak 11 tahun lalu.

“Pulangkan dulu hak saya barulah awak ada hak dalam hasil jualan rumah ini, mengerti?Tolong sampaikan pesanan ini kepada si polan sebab si polan ‘block’ saya,” tulis penyanyi itu lagi.

Menurut Ezlyn, meskipun telah beberapa kali meminta supaya bayaran dijelaskan, tetapi, ada sahaja alasan yang diberi, termasuk membabitkan nama pelakon Siti Saleha.

BACA  Ahmad Dhani Dipenjara! Beginilah Nasib Konsert Dewa 19 Di Malaysia

“Dia boleh tuduh Siti Saleha pula, kesian ‘budak’ itu tak pasal-pasal kena,” luah Ezlyn.

Foto: Berita Harian

Seperti mana yang diketahui, penyanyi lagu Hi Hi Bye Bye, Ezlynn bercerai talak satu dengan suaminya Adam Fahmy Shamsuddin di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, pada Oktober 2017. Ezlynn dan Adam Fahmy mendirikan rumah tangga pada 20 November 2011 dan tidak dikurniakan cahaya mata.