Baru-baru ini, Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad telah tersenarai sebagai salah seorang dari 100 individu paling berpengaruh di dunia oleh majalah Times.

Kedudukan 47 Dari 50 

Kini, menyusuli penghormatan tersebut sebuah lagi majalah antarabangsa iaitu majalah Fortune telah menamakan Tun Mahathir atau lebih dikenali sebagai Tun sebagai salah seorang pemimpin yang terhebat didunia. Berdasarkan senarai tersebut, hanya 50 orang individu telah disenaraikan dan Tun M menduduki tempat yang ke-47.

Faktor Dipilih 

Menduduki carta 5 yang teratas adalah Bill dan Melinda Gates (Co-Founders, Gates Foundation), Jacinda Arden (Perdana Menteri, New Zealand), Robert Mueller (Penasihat Khas, DOJ), Pony Ma (CEO, Tencent) dan Satya Nadella (Ketua Pegawai Eksekutif, Microsoft).

Pemilihan ini bukanlah berdasarkan populariti sebaliknya ianya diambil berdasarkan keupayaan mereka yang berani dalam membuat pilihan, mengambil risiko serta mampu menarik orang lain untuk melakukan perkara yang sama. Tahniah Tun M!