Siapa sangka, Malware di gunakan sebagai perisai dan senjata? Di Jepun, malware yang di lihat sebagai satu ancaman siber yang berbahaya ini boleh di gunakan sebagai pelindung kepada negara dan si pemerintahnya!

Foto: Foss Bytes

Kementerian Pertahan Jepun telah mengaturkan bahawa malware ini akan di gunakan sebagai mempertahankan diri daripada ancaman kejahatan siber. Malware yang dijadikan sebagai perisai dan dalam masa yang sama menjadi senjata yang berisi virus.

ta Foto: Anti Virus

Ia akan menjadi pelindung siber yang pertama bagi Jepun. Malware ini akan menyerang si penjenayah siber secara khusus. Meskipun begitu, masih belum ada maklumat rasmi bagaimana malware ini akan beroperasi atau bagaimana si pemerintah Jepun mendapat manfaat daripada penghasilan senjata ini.

Foto: Mumbailive

Sebenarnya menggunakan virus untuk melawan virus di alam siber ini bukanlah perkara yang mengejutkan, cuma ia tidak di komersialkan dan tidak mendapat perhatian masyarakat umum.

Misalnya di China, penggunaan yang sama telah lama di lakukan bagi mengukuhkan sistem ketenteraan dan teknologi mereka jauh lebih canggih dari yang negara-negara lain.

Dan kini, Jepun dan beberapa negara maju yang lain mengembangkan potensi penghasilan senjata siber ini bagi melindungi negara masing-masing dari ancaman jenayah siber.