OnePlus mengumumkan pelancaran keluaran telefon bimbit terbarunya iaitu OnePlus 7 dan OnePlus 7 Pro pada minggu depan. berdasarkan imej render yang tersebar di internet, telefon tersebut di datangi dengan tiga warna pilihan dan juga memiliki fungsi kamera pop-up!

Foto: GMS Arena

Telefon OnePlus 7 Pro ini di datangi dengan warna Almond, Mirror Gray dan juga Nebula Blue. Berdasarkan imej yang tersebar, telefon bimbit OnePlus 7 pro ini memiliki sokongan USB-C port. Dan sokongan tersebut mempunyai kebolehan menghantar fail dan sekaligus memiliki kebolehan pengecasan yang pantas.

Selain itu, telefon ini juga memiliki fungsi kamera pop-up bagi kamera hadapan dan memiliki tiga lensa kamera di bahagian belakang telefon. Malah, feature OnePlus 7 Pro ini juga mempunyai saiz yang besar dengan edge-to-edge display.

BACA  OPPO F11 Pro Edisi Avengers Kini Percuma Di Celcom?

Dari aspek penggunaan perisian pula, telefon ini mungkin menggunakan cip daripada Qualcomm Snapdragon 855 SoC. Apa-apa pun, kita harus tunggu pelancaran rasmi telefon OnePlus ini di pasaran pada 14 Mei ini.