Bangi Resort Hotel meraikan nama barunya dengan peraduan mudah yang tidak
memerlukan sebarang pembelian. Malahan pihak hotel telah mengagihkan 2000 paket Nasi Lemak di Plaza Tol Sungai Ramal (B) di lebuhraya SILK kepada pengguna jalan raya pada hari Jumaat 11 Januari 2019 bermula jam 10pagi.

Penerima Nasi Lemak BRH hanya perlu mengambil gambar atau berswafoto sambil menikmati nasi lemak tersebut dengan logo hotel tertera jelas dan memuatnaik gambar di lama Facebook atau Instagram mereka dengan kepsyen menarik tidak melebihi 20 perkataan berserta hashtag #bangiresorthotel #hospitalityredefined #eatandwinbrh #makandanmenangbrh #namabarumukasama.

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 15 Februari 2019 pada jam 11.59 malam. Pemenang akan diumumkan di dalam laman web dan laman sosial Bangi Resort Hotel dalam bulan Mac 2019 nanti. Penyertaan yang paling kreatif akan memenangi penginapan 3hari 2 malam di Bangi Resort Hotel berserta sarapan untuk dua orang.

BACA  Kebun Durian & Panorama Menghijau Antara Tarikan Di Bangi Resort Hotel

Mulai 1 Januari, Hotel Bangi-Putrajaya telah melalui penjenamaan semula dan kini dikenali sebagai Bangi Resort Hotel. Sebelum ini, Bangi Resort Hotel beroperasi sebagai Hotel Equatorial Bangi-Putrajaya bermula tahun 1997 dan sebagai Hotel Bangi-Putrajaya pada tahun 2014.

Terletak di puncak tertinggi di Bandar Baru Bangi, Bangi Resort Hotel 5 Bintang ini mempunyai konsep yang berlandaskan villa ala Sepanyol dan mempunyai kemudahan dan perkhidmatan yang sesuai bagi semua pengunjung, meskipun untuk percutian ataupun perniagaan.

Bagi meraikan penjenamaan semula ini, pelbagai promosi sedang dilaksanakan. Untuk mengetahui dengan lebihlanjut, sila layari laman web www.bangiresorthotel.com, atau hubungi talian 03-8210 2222 atau emel info@bangiresorthotel.com.