Seperti yang dilaporkan oleh Harian Metro, 2 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Love Yourself Association (LYSA) dan Gerakan Alpha Legacy Enterprise (GALE) telah membuat laporan polis berhubung video dimuat naik jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri di Instagram yang memaparkan anak perempuannya menangis kesakitan selepas dipukul. Menurut 2 NGO tersebut, tindakan dilakukan usahawan itu satu penghinaan umum dan buli siber.

Salah seorang ahli jawatankuasa dan penyanyi Mimi Fly menegur sikap penjaga yang terlalu rancak dengan media sosial sehingga tidak sedar bahawa anak-anak menjadi mangsa public shaming.

“Petang tadi sambil meeting bersama AJK NGO “Love Yourself Association”, kami memberikan sedikit penjelasan tentang isu public shaming yang sudah makin lama makin menular dalam negara. Jangan kerana nak merancak social media kita terlupa anak-anak kita membesar dengan low self-esteem, stress dan “emotionally abused”.”- tulisnya di Instagram

Kesihatan mental dalam Malaysia dah masuk ranking no 2 paling kritikal selepas sakit jantung. Kalau kita ambil mudah sekarang, masa depan anak-anak kita yang hancur. Tiada siapa suka dimalukan di social media, diejek di sekolah kerana video diviralkan oleh ibubapa sendiri. Nak berkongsi parenting 101 bukan masalah, tapi penting sangat ke nak feed your ego to show the world how u run your life, until u neglect the longterm effects in your children’s life?”- jelasnya.

Sehingga hari ini, video terbabit mencatat lebih satu juta tontonan dan lebih 4,000 komen selain menjadi tular. Namun ramai yang masih memuji tindakan Aliff, apa pandangan anda?

BACA  Aliff Syukri Bakal Tampil Dengan Lagu Raya 'Nombor 1' Tanah Air!