Awal pagi tadi, sebuah portal telah melaporkan bahawa Pencetus Ummah Abu atau lebih dikenali sebagai PU Abu telah berkahwin di Thailand dengan seorang usahawan yang berstatus ibu tunggal dikenali sebagai Hana Azraa yang turut mempunyai seorang cahaya mata.

Nafi Sudah Bernikah 

Selepas beberapa jam berita tersebut tular, PU Abu memuat naik beberapa posting terbaharu di laman Insta Story dimana dia mendakwa berita pernikahannya di negara seberang itu adalah berita palsu. Menafikan perkara tersebut, jelas PU akaun instagram nya telah digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang bertindak untuk memuatnaik berita palsu itu.

Tunjuk Bukti Akaun Digodam 

Jelasnya lagi, pernikahannya bersama Abu telah diketahui oleh kedua-dua belah pihak keluarga selain meminta portal tersebut untuk membetulkan kembali kenyataan yang dikeluarkan. Dalam pada itu, dia turut menunjukkan beberapa bukti bahawa akaun nya telah digodam sebelum berjaya mendapatkannya kembali.

Berita mengenai PU Abu menjadi topik sensasi netizen setelah pendakwah bebas itu telah menceraikan bekas isterinya yang ketika itu sedang sarat mengandung tujuh bulan.