Artis jelita Luna Maya memilih tetap aktif dengan kesibukan bekerja selama bulan Ramadan. Menurut usahawan ini, menjalani ibadah puasa bukan alasan untuk dirinya tidak bekerja. Bagi Luna, bekerja di bulan Ramadan sama saja dengan menjalani kegiatan seperti hari-hari biasanya.

“Sebenarnya kalau tak bekerja, berpuasa lebih terasa. Saya tak pernah membezakan, kalau puasa jadi tak perlu kerja. Itu alasan yang mengada-mengada ‘oh sebab puasa jadi kena kerja kurang’, ya bukan. Puasa kewajipan, kerja juga kewajipan. Tidak ada dalam kamus, sebab puasa jadi tak kuat kerja,” kata Luna di Studio ANTV.

Agar tetap sihat bekerja selama bulan Ramadan, Luna Maya lebih memilih makan makanan yang tidak terlalu berat, seperti nasi.

“Makanan tidak ada yamg digemari ya, yang sihat-sihat aja. Yang boleh memberi tenaga sampai 12 jam tak makan. Misalnya jus, saya jarang makan berat-berat. Jarang makan nasi kalau sahur,” kata Luna.

Selama bulan Ramadan, Luna Maya mengisi salah satu program ANTV, iaitu Sahurnya Pesbukers. Ini menjadi program sahur pertama Luna Maya setelah empat tahun tidak terlibat dalam acara tersebut.

Artikel Sebelumnya[VIDEO] Adira Sebak Terkenangkan Hajat Terakhir Arwah Bapa
Artikel SeterusnyaTudung Adira Bakal Dilelong Bermula RM1,000!
Gosip Selebriti sememangnya sudah menjadi sebahagian dalam hidup saya. Tak hairanlah jika selebriti hubungi saya untuk reka cerita gosip. Cerita sahih lebih diutamakan.