Awal tahun ini, penyanyi Linda Rafar telah menuntut lebih dari 100 individu untuk membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi platform media sosial yang digunakan atau mereka akan berdepan tindakan saman daripada pihaknya. Tindakan itu dibuat Linda selepas pelbagai kontroversi melibatkan isu jururawat di sebuah hospital kerajaan yang turut mengaitkan dengan nama baik arwah ibunya.

Linda Maafkan Individu Sebarkan Fitnah 

Terbaharu, menerusi laman Instagram nya Linda mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada semua pengikutnya sekiranya selama ini dia ada menyakitkan hati mana-mana pihak. Malah di bulan Ramadan yang suci ini, Linda juga mengambil keputusan untuk memaafkan semua individu yang terlibat selama ini dan ignin melupakan segala kisah yang lalu.

“Tiada siapa yang hebat di atas muka bumi Allah ini dan tidak salah jika kita yang ikhlas memohon maaf dulu serta lupakan segala kisah.

“Allah maha melihat segala kebaikkan dan keburukkan dicatit dan tidak ada satu pun yang akan terlepas pandang. Dunia sementara akhirat selamanya. Satu hari kita akan kembali,”

Perasaan Marah Ketika Itu 

Imbas kembali mengenai keputusannya untuk menyaman individu-individu terbabit sebelum ini, menurut Linda ketika itu dia berasa marah serta sedih mengenangkan isu buli siber terhadapnya.

View this post on Instagram

During my last press conference, i felt angry, betrayed, insulted and sad that my mom's passing did not stop cyber bully against me. My heart was filled by rage. My lawyer sent notices to hundreds of persons defaming me but my heart did not come to a closure.. Some dm me saying sorry.. hence some i forgive but some others went out too much that i cant help but to clear my reputation. In the holy month of Ramadhan, i took this opportunity to say sorry if i ve hurt any of you with or without I forgive every nitizen who ask for my forgiveness and in return i m seeking forgiveness too.. Tiada siapa yang hebat di atas muka bumi allah ini dan tidak salah jika kita yg ikhlas memohon maaf dulu serta lupakan segala kisah🤲🏻 Allah maha melihat.. segala kebaikkan n keburukkan di catit dan tidak ada satu pon yg akan terlepas pandang.. Dunia sementara akhirat selamanyaa.. satu hari kita akan kembali kepadanyaa..💙 @hafidzahhassan @zetizulkifli @nha_lawfirm

A post shared by LRFlawlessProducts (@lindarafar) on

Malah jelasnya lagi sejurus selepas sidang media khas mengenai isu saman tersebut diadakan, sesetengah daripada mereka telah menghantar DM (direct message) untuk memohon maaf. Rata-rata pengikut penyanyi ini memuji tindakan yang diambil Linda kerana sedia memaafkan mereka yang terlibat apatah lagi di bulan Ramadan ini. Salute!

BACA  Tak Terpilih Masuk IPTA? Nah! 5 Tokoh Usahawan Selebriti Ini Dari Kolej Swasta