Ramadan yang cukup bermakna buat keluarga besar Dato Sri Siti Nurhaliza apabila menantunya yang juga pelakon kelahiran Palembang, Indonesia , Tya Ariffin telah selamat melahirkan anak keduanya.

Kongsi Gambar Dan Wajah Anak 

Menerusi perkongsian yang dibuat Tya sebentar tadi, dia telah melahirkan seorang bayi perempuan pada jam 9.21 pagi hari ini.

Malah dalam perkongsian itu, Tya atau nama sebenarnya Nurtria Wulandri Arifin turut berkongsi wajah dan nama cahaya mata keduanya itu yang dikenali sebagai Azzahra Jiwa Binti Muhammad Asyraf.

“Alhamdulillah syukur Ya Allah, Assalamualaikum Azzahra Jiwa binti Muhammad Asyraf. Terima kasih semua buat doanya,”

Wujudkan Akaun Instagram Anak 

Bukan itu sahaja, malah Tya turut mengaktifkan akaun Instagram khas untuk @azzahrajiwaasyraf yang kini mempunyai 16 ribu pengikut biarpun kurang daripada beberapa jam diwujudkan. Rata-rata peminat dan rakan-rakan artis membanjiri ruangan komen Instagram penyanyi itu dengan ucapan tahniah dan turut mendoakan kesihatan kedua-duanya.

View this post on Instagram

9months pregnancy 💕

A post shared by Azzahra Jiwa Asyraf (@azzahrajiwaasyraf) on

Tya telah mendirikan rumah tangga dengan Asyraf Khalid pada 1 November 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Arif Jiwa, 2 tahun.

BACA  10 Foto Sekitar Konsert MONSTA X di Kuala Lumpur & Alasan Ketiadaan Wonho