Ketika drama bersiri Game of Thrones kini sedang hangat diperkatakan, tidak ramai yang ketahui kisah sebenar disebalik ‘Stark Sisters’ ini.

Kehidupan Maisie Tidak Seindah Dilihat 

Siapa sangka, bukan sahaja di set penggambaran, malah baik Sophie Turner mahupun Maisie Williams kedua-duanya begitu rapat dan saling bertukar ‘impian’ yang sama. Terlebih dahulu, Maisie telah menempuh beberapa detik hitam dalam kehidupannya. Di usianya ketika 4 bulan, pelakon muda ini telah diabaikan oleh bapanya sendiri. Sejak itu, ibunya bertungkus lumus untuk membesarkannya bersama tiga adik beradik yang lain.

Terpilih Ujibakat 

Siapa sangka ketika masih kanak-kanak, Maisie menyimpan hasrat untuk menjadi seorang penari ballet namun terpaksa melupakannya kerana faktor kewangan keluarga. Malah dengan rupa dan fizikalnya yang dilihat tidak sesuai menjadi seorang penari, dia telah mencuba nasib untuk menjadi seorang pelakon dengan jalani ujibakat.

BACA  Lagu Terbaru Alif & SonaOne Sarat Dengan Mesej? Ini Pendedahannya

Ketika itu, calon yang hadir kebanyakannya mempunyai pakej yang lengkap dan rupa paras yang menarik. Namun telah ditakdirkan rezeki, pengarah GOT telah memilih Maisie untuk membawa watak Arya yang dikenali sebagai seorang yang kuat dan mampu berdikari.

Sophie Turner Berasal Dari Keluarga Berada 

Disitulah, Maisie yang ketika itu berusia 12 tahun bertemu dengan Sophie Turner, 13. Sophie juga mempunyai kisahnya tersendiri. Berbanding Maisie, pelakon tinggi lampai berambut blonde ini lahir daripada keluarga yang berada. Bagi menjadi seorang pelakon, Sophie terpaksa mendalami kelas ballet diraja.

Mempunyai Tatu Persahabatan 

Biarpun begitu, kehidupan kedua-dua selebriti ini berubah apabila mereka bertemu dan menjadi rakan karib. Bukan sahaja sering keluar bersama, Sophie dan Maisie turut mempunyai tatu yang sama sebagai lambang persahabatan mereka.

BACA  Nicki Minaj Bakal Jadi Pinky Dalam Filem Angry Birds 2!

Lebih bermakna, Sophie turut memilih Maisie sebagai salah seorang bridesmaid nya kelak. Benar-benar BFF goals bukan?