Di Wilayah Hubei, Central China para penyelidiknya menggunakan drone bagi mengesan sisa pelepasan air secara haram. Dengan menggunakan drone para penyelidik dapat melihat menerusi teknologi imej hyperspectral.

Foto: New China TV

Drone yang di terbangkan akan mengumpul data spectroseopic aliran sungai. Dengan menganalisa data yang dikumpul, para penyelidik dapat mengenal pasti dan mencari saluran air yang tersembunyi, dimana air yang tidak di rawat di lepaskan di sungai.

Para penyelidik menggunakan teknologi yang ada bagi membantu menyelesaikan masalah yang biasanya tidak dapat di selesaikan dengan menggunakan idea diluar kotak pemikiran.

Tambahan lagi, dengan kemajuan yang semakin berkembang ini para penyelidik pastinya lebih bersemangat bagi menyelesaikan isu-isu yang lebih besar dan memanfaatkan kebolehan teknologi dalam menyelesaikan setiap urusan.