Siapa tak sayang isteri bukan? Begitulah yang dilakukan oleh suami Nora iaitu, Nedim Nadzri untuk memastikan keselamatan isteri sanggup mengupah pengawal peribadi yang sentiasa akan ikut ke mana sahaja Nora pergi. Hal ini telah diakui Nora menerusi temubualnya bersama Utusan Online baru-baru ini.

“Suami bimbang jika berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini. Jadi selepas berkahwin, dia minta pengawal peribadi untuk sentiasa ikut ke mana sahaja saya pergi.

Mengenai soal lakonan, Nora telah menetapkan syarat sekiranya dia menerima tawaran berlakon. Selain hanya memilih naskhah yang terbaik sahaja, Nora turut menetapkan syarat supaya tidak bekerja sehingga lewat malam.

“Saya juga telah tetapkan syarat untuk diri sendiri supaya waktu bekerja tidak sehingga lewat malam. Saya harus pulang awal untuk menguruskan anak-anak di rumah. Saya tidak pernah bawa anak ke lokasi kerana tidak mahu menyusahkan kru produksi. Kasihan juga anak saya jika terpaksa tunggu lama ketika penggambaran,” kata Nora kepada Utusan Online.

Nora berkahwin dengan Nedim Nadzri pada Mac 2017 dan pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki pada Februari tahun lalu yang diberi nama Mohamed Neqayl.