Apakah anda peminat haiwan peliharaan? Jika ya, filem berjudul A Dog’s Journey ini wajib masuk dalam senarai filem yang akan anda tonton.

IKLAN

A Dog’s Journey adalah sebuah filem drama komedi berasal dari Amerika yang bakal ditayangkan. Filem ini adalah garapan dari sutradara Gail Mancuso dan penulis naskah W. Bruce Cameron, Cathryn Michon, Maya Forbes, dan Wally Wolodarsky.

Filem ini diadaptasi dari novel karya penulis Cameron yang berjudul sama dan dirilis tahun 2012. Selain itu, filem ini merupakan sekuel dari film A Dog’s Purpose yang dirilis tahun 2017.

A Dog’s Journey mengisahkan tentang seekor anjing bernama Bailey. Suara dari Bailey diisi oleh Josh Gad. Pada filem A Dog’s Purpose, Josh juga menjadi pengisi suara untuk Bailey.

BACA  [GIVEAWAY] Iblis Paling Kuat Di Muka Bumi! 5 Fakta Penting Filem Hellboy Reboot 2019

Dia tinggal bersama pemiliknya yang bernama Ethan dan isterinya, Hannah. Sekarang, Bailey mendapat teman main yang baru, iaitu CJ, cucu perempuan Ethan dan Hannah yang masih bayi.

Masalah mula muncul saat ibu CJ, Gloria, memutuskan untuk membawa CJ. Bailey pun berjanji pada Ethan untuk menjaga dan melindungi CJ. Selepas itu, Bailey memulakan perjalanannya dan mengalami banyak pengalaman dalam kehidupan yang penuh dengan cinta, persahabatan, dan kesetiaan.

Artis-artis yang membintangi filem ini antara lain Dennis Quaid sebagai Ethan, Marg Helgenberger sebagai Hannah, Betty Gilpin sebagai ibu CJ, Kathryn Prescott sebagai CJ atau Clarity June. Selain itu, salah satu anggota Super Junior M, Henry Lau, juga ikut membintangi filem ini. Dia berperan sebagai Trent.

Pas Eksklusif (In-Season Pass) Untuk Dimenangi

Khas untuk anda yang ingin menonton filem ini bersama yang tersayang, Hangat.com mahu hadiahkan Pas Eksklusif Untuk 2 Orang ( In-Season Pass) menonton filem A Dog’s Journey ini pada bila-bila masa bermula 16 Mei 2019 di pawagam seluruh Malaysia.

BACA  Marvel Beri Petunjuk Filem Young Avengers Selepas 'EndGame' ?

Caranya hanya menjawab beberapa soalan mudah dan langkah mudah. Anda mungkin adalah pemenangnya.

Syarat Penyertaan

  • Like Facebook Hangat.com, follow Instagram @hangatmalaysia dan twitter @hangatmalaysia
  • Anda dikehendaki mengisi butir-butir diri anda dan menjawab soalan bersama slogan kreatif .
  • Sertakan sekali maklumat peribadi seperti nama penuh (seperti dalam kad pengenalan), Nombor IC,Emel dan Nombor Telefon Bimbit.
  • Peraduan ini hanya sah dari sekarang hingga 15 Mei 2019.
  • Seorang hanya boleh menghantar satu penyertaan.
  • Keputusan hakim adalah muktamad.

Artikel Sebelumnya‘Drone Pilot’ Merupakan Pekerjaan Rasmi Di China, Biar Betul!
Artikel SeterusnyaKes Dadah: Farid Kamil Didenda RM2,000 Gara-Gara Beri Bukti Palsu
Gosip Selebriti sememangnya sudah menjadi sebahagian dalam hidup saya. Tak hairanlah jika selebriti hubungi saya untuk reka cerita gosip. Cerita sahih lebih diutamakan.