Dunia seakan-akan heboh dengan rupa dan nama dari buah hati Putera Harry yang baru saja dilahirkan oleh Meghan Markle. Selang beberapa hari, Putera Harry dan Meghan Markle pun akhirnya mengumumkan nama putera mereka, iaitu Archie Harrison Mountbatten-Windsor. Dipetik dari Sky News, terdapat makna unik di sebalik nama sang bayi.

Nama tersebut berasal dari padanan kata bahasa Jerman, Archie adalah versi singkat dari Archibald, yang bermaksud ‘asli’, ‘tebal’ dan ‘berani’. Sementara itu, Harrison berasal dari Aborigin dan maksudnya Putera (son) atau ‘Putera Harry’.

Nama lengkapnya dapat dimaknakan sebagai ‘Anak Harry yang asli dan berani’. Putera Harry tentu sangat bangga dengan puteranya hingga diberi sentuhan namanya.

Pasangan bahagia itu mula memperkenalkan putera mereka ke media untuk pertama kalinya sebelum membawanya untuk bertemu Ratu dan Putera Philip. Meghan menjawab pertanyaan media dengan kalimat indah.

“Saya kini punya dua lelaki terbaik di dunia, karakternya begitu tenang,” kata Meghan.

Terdahulu pada hari Isnin, Putera Harry mengumumkan isterinya telah melahirkan seorang anak lelaki dengan berat 3.2 kilogram. Bayi itu merupakan pewaris takhta kerajaan di urutan ketujuh.