Gara-gara terlalu asyik melihat telefon bimbit di tangannya, seorang kanak-kanak lelaki tidak sedar memegang lengan orang yang tidak dikenali dan menyangka orang tersebut adalah ahli keluarganya.

IKLAN

Aksinya telah di rakam dan di muat naik di media sosial dan mendapat ramai komen dan perhatian. Ianya di lihat lucu tetapi jika kita lihat dari perspektif keselamatan, habit sebegini adalah tidak wajar.

Dan ahli keluarga sepatutnya lebih peka dan harus mendisiplinkan anak-anak untuk tidak bermain dengan telefon bimbit terutama ketika berjalan di atas jalanraya! Aksi sebegini harus di ambil berat.

Foto: Complete Connection

Dan di harap, ibubapa akan lebih prihatin dalam menangani serta mendisiplikan anak-anak tentang penggunaan telefon bimbit walau di mana mereka berada.

BACA  India Mahu Apple Dan Google Blok Penggunaan Aplikasi Tik Tok?

Berdasarkan video tersebut, mujur kanak-kanak lelaki tersebut sedar dengan segera setelah di panggil dan menyedari dirinya telah memaut lengan orang yang tidak di kenali.