Penyanyi, Shila Amzah sebelum ini terlebih dahulu membuat satu kejutan malam tadi dimana dia akan berkongsi sesuatu yang ‘besar’ ketika itu. Rata-rata peminat menjangkakan penyanyi ini akan mengumumkan jantina bakal bayinya kelak memandangkan Shila kini sedang sarat mengandung.

View this post on Instagram

Rasa2 Korang apa? 😊

A post shared by 씰라茜拉shila amzah🇲🇾 (@shahilaamzah) on

Shila Bakal ‘Pinjamkan’ Suara Untuk Puteri Jasmin 

Namun, ternyata telahan tersebut salah kerana Shila atau nama sebenarnya Norshahila binti Amir Amzah bakal terlibat secara langsung dalam filem terbitan Disney, Aladdin. Menurut Shila menerusi laman Instagram nya, dia diberikan mandat itu untuk membawakan watak Puteri Jasmin di dalam filem Aladdin. Sebagai info, Shila akan ‘meminjam’ kan suaranya kepada watak itu untuk filem Aladdin versi bahasa Melayu yang akan ditayangkan pada 23 Mei ini.

Berduet Bersama Hael Husaini 

Bukan itu sahaja, malah Shila akan turut menyanyikan lagu tema filem ini yang berjudul A Whole New World (Dunia Baru). Lagu yang akan turut digubah ke bahasa Melayu ini akan turut menampilkan penyanyi dan komposer terkenal, Hael Husaini sebagai rakan duetnya. Jelas Shila dia begitu terharu dan berbesar hati kerana dapat terbabit dalam produksi yang terkenal di dunia itu.