Semalam usahawan kosmetik terkenal, Nur Sajat Kamaruzzaman telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Johor Bahru diatas tuduhan memiliki 19 produk kecantikan yang tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Mengaku Tidak Bersalah 

Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 34, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan tersebut dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Norasidah Abd Rahman. Menurut sumber, sepasukan anggota dan pegawai unit farmasi KKM telah melakukan pemeriksaan di sebuah premis di Bandar Baru Uda, kira-kira pukul 12 tengah hari pada 15 Ogos 2018. Hasil pemeriksaan mendapati terdapat 19 jenis produk kecantikan seperti produk pemutih kulit bernilai hampir RM10,000 dilihat tidak berdaftar sebelum ianya dirampas di premis berkenaan.

Dijamin RM 7,000

Berdasarkan pertuduhan, Sajat didakwa mengikut Seksyen 12(1) Akta Jualan Dadah 1952, sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM25,000 atau penjara sehingga 3 tahun atau kedua-duanya sekali untuk kesalahan pertama.Dalam prosiding tersebut, peguam bela Nur Sajat memohon mahkamah dapat menetapkan RM8,000 sebagai wang jaminan dan seorang penjamin berikutan kesalahan dilakukan tertuduh yang serius. Mahkamah kemudiannya menetapkan RM7,000 sebagai jumlah wang jaminan dan seorang penjamin serta 23 Jun ini sebagai tarikh sebutan semula kes. Dikatakan Nur Sajat hanya menjelaskan wang jaminan kira-kira pukul 12 tengah hari semalam selepas menunggu rakannya mengeluarkan wang.

Sempat Berseloroh 

Dalam muat naik terkini usahawan itu di laman Instagram nya, dia dilihat telah berkongsi keratan artikel dari sebuah akhbar sambil berseloroh dengan mengatakan dia kelihatan cantik di dalam gambar artikel tersebut.

Sebagai info, selain produk kosmetik Sajat turut memilik sebuah perniagaan berasaskan emas yang terletak di Padang Jawa, Shah Alam.