Cenderamata Eksklusif The Secret Life of Pets 2 Untuk Dimenangi

116

Filem The Secret Life of Pets 2 merupakan filem yang merupakan kisah lanjutan Max beserta teman-teman haiwan peliharaannya, yang mengikuti kehidupan rahsia setelah pemiliknya meninggalkan haiwan peliharaannya di rumah untuk bekerja.

Film ini turut dibintangi artis-artis ternama yang menjadi pengisi suara seperti Patton Oswalt, Eric Stonestreet, Kevin Hart, Jenny Slate, Tiffany Haddish dan Lake Bell.

Filem ini menceritakan Max yang berjumpa dengan doktor haiwan dan juga mengenalkan karakter baru anjing Shih Tzu. Selain itu filem ini juga menceritakan kisah Max yang mengalami perubahan cukup besar setelah pemiliknya iaitu Katie bernikah dan kini memiliki anak bernama Liam.

BACA  Sambungan EndGame! Lihat Trailer Terbaharu Spider-Man: Far From Home

Perubahan besar terjadi pada keperibadian Katie yang membuatnya terlalu protektif. Menceritakan tentang perjalanan keluarga ke sebuah kawasan desa yang membuat Max bertemu dengan anjing yang bernama Rooster dan kedua-duanya sedang berusaha untuk mengatasi ketakutan masing-masing.

Selain itu, kehadiran seekor arnab bernama Snowball juga ikut mewarnai jalan cerita filem ini. Di mana Snowball berniat membalas dendam dengan membentuk pasukan binatang peliharaan yang sakit hati untuk membalas para bekas majikannya.

Pratonton filem The Secret Life of Pets 2 akan bermula 24 Mei ini, mesti tak sabar kan?

Cenderamata Eksklusif Untuk Dimenangi

Khas untuk anda yang mahukan cenderamata The Secret Life of Pets 2 istimewa eksklusif dengan edisi terhad.

Nak menang cenderamata eksklusif seperti gambar di atas? Jom jawab soalan mudah di bawah dan jangan lupa baca syarat-syarat penyertaan di bawah.

Syarat Penyertaan

  • Like Facebook Hangat.com, follow Instagram @hangatmalaysia dan twitter @hangatmalaysia
  • Kongsikan artikel ini di Facebook. Tag nama @HangatMalaysia dan #TheSecretLifeofPetsMY
  • Anda dikehendaki mengisi butir-butir diri anda dan menjawab soalan bersama slogan kreatif .
  • Sertakan sekali maklumat peribadi seperti nama penuh (seperti dalam kad pengenalan), Nombor IC,  Emel dan Nombor Telefon Bimbit.
  • Peraduan ini hanya sah dari sekarang hingga 29 Mei 2019.
  • Seorang hanya boleh menghantar satu penyertaan.
  • Keputusan hakim adalah muktamad dan hadiah perlu diambil di pejabat kami sebelum 7 June 2019. Tuntutan hadiah selepas tarikh ini tidak dilayan.
BACA  Misteri Dilaila Kaut 4 Juta Kutipan Dalam 5 Hari Tayangan!