Pelbagai kenangan dan gambar menarik telah dikongsi netizen menerusi laman sosial masing-masing bersempena dengan sambutan hari ibu semalam.

Wak Doyok Hadiahkan Ibu Kereta Mewah 

Selain gambar, tidak kurang juga segelintir daripada mereka membuat kejutan dengan menghadiahkan ibu tercinta hadiah yang cukup istimewa. Tidak terkecuali selebriti yang juga ikon fesyen, Mohd Azwan Md Nor, 40 atau lebih dikenali sebagai Wak Doyok telah membuat kejutan sesuatu yang istimewa buat ibunya iaitu sebuah kereta jenis Toyota Vellfire.

Berharap Dapat Kesihatan Yang Baik 

Terdahulu, Wak pernah menghadiahkan ibunya itu sebuah rumah banglo atas hasil usahanya selama ini di dalam bidang perniagaan.Menurut Wak, dia membelikan ibunya itu sebuah kereta dengan harapan agar dia dapat berjalan-jalan dengan lebih selesa.

Tambah Wak lagi, dia berharap agar ibunya diberikan kesihatan yang baik serta dapat menunaikan ibadah haji pada tahun ini. Bertuah dapat anak macam Wak ini bukan?