Dewan Ulama Thariqah Antarabangsa dan Kerjaan Turki beberapa hari lalu telah memberi kepercayaan dengan menyerahkan sehelai rambut Nabi Muhammad SAW kepada penyanyi berasal dari Indonesia, Opick. Susulan dari berita itu, ia telah mencetuskan kontroversi tentang keasliannya, walaubagaimanapun Opick tetap berbangga kerana dapat menjaga rambut Rasulullah.

IKLAN

Akan tetapi, Opick mengungkapkan bahawa dia kini menjadi malas untuk bernyanyi setelah mendapatkan rambut Nabi Muhammad dari Turki. Penyanyi lagu keagaaman berusia 45 tahun tersebut lebih memilih untuk berzikir di rumahnya. Sebelumnya, Opick membuat syair-syair yang berisi kerinduan terhadap Nabi Muhammad.

“Ya pasti (ada perubahan). Sebelum rambutnya datang saya menulis kerinduan-kerinduan menerusi syair. Tapi, sejak ada rambut ini saya jadi malas nyanyi,” ungkap Opick

“Saya mahu berzikir saja.Β  Tidak mahu ke mana-mana, mahu berada di rumah saja.”

Selepas mengaku malas bernyanyi, Opick juga mengatakan bahawa dia tetap berkarya dan akan melancarkan album terbarunya dalam waktu dekat.

BACA  Baru Nikah! 7 Foto Cantik Bebi Silvana, Isteri Baru Opick

Selanjutnya, Opick juga menjelaskan cara merawat rambut Nabi Muhammad yang disimpan dalam sebuah tabung kaca. Pelantun lagu “Tombo Ati” tersebut harus memastikan bahawa rambut Rasulullah tak terkena sinar matahari dan membersihkannya dengan air zamzam saat Maulid Nabi.

“Suhunya harus di bawah 25 darjah, terhalang dari banyak sinar dan ada dua lembar kain yang menutupinya,” jelas Opick.

“Untuk dibersihkan, pada saat Maulid dicelupkan ke air zamzam. Kemudian penjagaannya 24 jam untuk keselamatan, kalau yang berziarah itu datang dan yang membaca Alquran.”

SUMBERToday.line
Artikel SebelumnyaSedih! Artis-artis Ini Terpaksa Berpuasa Di Sebalik Jeriji Besi
Artikel SeterusnyaSelepas Banglo, Wak Doyok Hadiahkan Ibu Sebuah Kereta Mewah!
Gosip Selebriti sememangnya sudah menjadi sebahagian dalam hidup saya. Tak hairanlah jika selebriti hubungi saya untuk reka cerita gosip. Cerita sahih lebih diutamakan.