Tidak ramai yang tahu bahawa beberapa selebriti antarabangsa memiliki pengiktirafan yang membuatkan mereka bergelar Doktor! Ini termasuklah Aretha Franklin, A.R. Rahman, Lionel Richie dan Julio Iglesias.

IKLAN

Justin Timberlake & Missy Elliot Kini Bergelar Doktor

Kesemua selebrti ini menerima pengiktirafan dari Berklee College of Music. Terbaharu, dua lagi selebriti yang juga penyanyi turut menerima pengiktirafan dari tempat yang sama. Kedua-dua mereka adalah Justin Timberlake dan Missy Elliot yang dianugerahkan ijazah doktor kehormat pada Sabtu lalu.

Faktor Pengiktirafan 

Melihatkan pada pencapaian dan pengaruh mereka selama ini antara faktor mengapa mereka diberikan anugerah tersebut. Selain Justin dan Missy, komposer lagu Alex Lacamoire turut menerima anugerah yang sama.

Menurut Justin, tiada impian yang mustahil malah turut berbangga dengan pencapaian yang dimiliki mereka. Baik Justin mahupun Missy, kedua-dua selebriti ini memuatnaik gambar pencapaian tersebut untuk diabadikan bersama peminat di laman Instagram.

BACA  [VIDEO] Misha Omar Kini Bergelar Pembaca Berita Astro?