Untuk peminat setia siri Power Rangers, pasti pernah menonton salah satu francais nya menerusi Power Rangers : Ninja Storm yang ditayangkan sekitar tahun 2003.

IKLAN

Pua Magasiva Ditemui Mati

Terbaharu terdapat satu laporan yang mengejutkan dilaporkan media antarabangsa dimana salah seorang tonggak utama animasi bersiri kanak-kanak itu yang juga memegang watak sebagai Power Rangers Merah ditemui mati di Wellington, New Zealand pada hari sabtu lalu.

Punca Kematian Masih Belum Diketahui

Pua Magasiva, 38 ditemui mati disebuah alamat yang didaftarkan dan pihak polis turut melaporkan tiada sebarang aktiviti yang mencurigkan ditemui pada mangsa. Sehingga kini punca kematian masih belum diketahui. Pua yang turut popular sebagai pengacara program pagi Kiwi station Flava mengejutkan ramai peminat dan juga rakan-rakan termasuklah bintang Power Rangers lain.

BACA  Persembahan Blackpink Di Coachella Akan Ditayangkan Pada Skrin Gergasi New York

Menerusi laman Instagram nya, Glenn McMillan yang juga terbabit dalam siri itu 16 tahun lalu mendedikasikan ucapan takziah buat sahabatnya dan akan terus merindui mendiang sebagai seorang sahabat yang baik.