Wah kembara semasa di bulan ramadhan pastinya mencabar bukan? Tetapi itu semua bukan penghalang untuk bagi wanita di luar sana bagi ingin mengembara atau melancong semasa di bulan ramadhan ini.

IKLAN

Sambil melancong pasti anda tidak mahu aktiviti puasa terjejas dek kesibukan melancong bukan? Ini dia lima item fashion yang sesuai digunakan semasa di bulan puasa ini.

1Long Dress

Foto: Wholesale7

Pemilihan pakaian adalah faktor penting dan perlu di titik beratkan dan ianya haruslah memudahkan urusan anda untuk menunaikan rutin ibadah solat semasa anda mengembara.

Dengan menggunakan long dress ini, anda akan lebih selesa ketika melancong dan dalam masa yang sama memudahkan anda untuk menunaikan fardu solat tanpa perlu memakai telekung dan hanya perlu memakai sarung kaki atau lengging wudhu ketika hendak solat!

BACA  Oksana Voevodina & YDP Agong Dilaporkan Ke Jerman Untuk Rawatan Ini

2Tudung Instant

Foto: Loveetha

Hah, tudung instant atau tudung segera yang jenis sarung biasanya kurang di gemari oleh wanita sekarang. Tapi tahu tak, sekarang ini terlalu banyak tudung sarung yang menarik dan elegan! Dan dengan memakai tudung sarung ini akan memudahkan pergerakan anda semasa melancong tau.

3Legging Wudhu

Foto: Tribun Timur

Legging wudhu ini penting tau untuk anda bawa semasa melancong dan nak-nak pula anda ingin selesa ketika menunaikan fardu solat bukan? Oleh itu, legging wudhu pastinya item penting untuk si pengembara wanita!

5Kacamata Gelap

Foto: Pixabay

Kacamata gelap merupakan item fashion yang sesuai untuk di bawa semasa melancong. Semasa sedang leka berjalan di bawah pancaran sinaran matahari yang terik yang sudah tentunya membuatkan anda tidak selesa untuk meneruskan perjalanan. Oleh itu, kacamata gelap merupakan solusi yang pantas dan yang paling penting item ini mudah di bawa ke mana-mana sahaja!