Topik mengenai pelakon dan penyanyi Aliff Aziz kembali panas! Tidak sampai seminggu mengaktifkan kembali ruangan komen di laman Instagram nya, timbul pula kontroversi baharu mengaitkan dirinya di laman Twitter.

Kecoh Gambar Aliff Bersama Seorang Wanita Tersebar 

Sejak tengah malam tadi, kecoh mengenai sekeping gambar seorang lelaki mirip penyanyi berkenaan yang dilihat tidak berbaju bergambar bersama seorang gadis yang hanya memakai singlet hitam. Menguatkan lagi dakwaan berkenaan, lelaki tersebut turut memakai pendakap gigi sama seperti Aliff.

Nafi Mengenali Aliff 

Menerusi pendedahan yang dibuat netizen, tujuannya menyebarkan gambar tersebut kerana berasa geram akan tindakan Aliff yang masih tidak serik biarpun berkali-kali dimaafkan isterinya, Bella Astillah.

Dedahnya lagi, biarpun gadis berkenaan yang dikenali sebagai @nismelll_ di laman Instagram menafikan bahawa dia mengenali penyanyi itu, rata-rata netizen mengandaikan bahawa dia sengaja berpura-pura kerana bukti menunjukkan bahawa Aliff juga merupakan salah seorang pengikutnya di laman sosial itu.

BACA  Opick Dedahkan Hal Ini Selepas Terima Sehelai Rambut Nabi Muhammad SAW

Sehingga kini, baik Aliff mahupun Bella tidak memberi sebarang maklum balas mengenai isu tersebut namun kami percaya kedua-dua mereka akan memberikan kenyataan masing-masing tidak lama lagi.