Selepas isu melibatkan Dato Farid Kamil hangat diperkatakan minggu lalu, terbaharu seorang lagi selebriti yang juga terpalit dengan isu berkenaan, Soffi Jikan turut dihadapkan di mahkamah.

IKLAN

Diperintahkan Bela Diri

Menurut sumber, Soffi diperintahkan untuk membela diri oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya selepas dituduh terlibat dengan penggunaan ganja pada tahun lalu. Malah keputusan itu dibuat oleh Majistret Mohamad Ikhwan Mohd. Nasir selepas pihak pendakwaan berjaya membangkitkan kes prima facie di akhir pendakwaan.

Sesi Pembelaan Pada 28 Junย 

Bagi membicarakan prosiding berkenaan, mahkamah telah menetapkan sesi tersebut akan berlangsung pada 28 Jun ini.ย Terdahulu, Soffi mengaku tidak bersalah memasukkan dadah jenis THC (11-nor delta-9 tetra hydrocannabinol-9) ke dalam tubuhnya selepas didakwa melakukan kesalahan terbabit di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya pada 6 Februari tahun lalu.

BACA  Tergamam Dengan Pemergian Faziani Rohban, Alyah Tegur Sikap Buruk Netizen

Mengikut pertuduhan tersebut yang dibaca mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1957, sekiranya tersabit bersalah, pelakon ini boleh dikenakan denda sehingga RM5,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali, selain akan berada di dalam pengawasan pihak polis selama dua tahun.