Pelakon dan hos popular, Scha Alyahya, menerusi sebuah wawancara dia bersama Utusan Online telah menafikan khabar mengenai dirinya sedang berbadan dua.

IKLAN

Walaubagaimanapun bekas juri Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM2018) ini merancang untuk menimang cahaya mata selepas anak sulungnya Lara Alana telah mencapai usia lima tahun.

β€œMemang itu yang kami sekeluarga mahukan. Saya memang mahu mengandung. Kalau mengandung memang saya akan kongsikan dengan semua. Namun buat masa ini belum ada rezeki, harap semua orang doakan kami,” katanya kepada Utusan Online.

Dalam wawancara tersebut, Scha mengaku atas faktor usia, dia berusah untuk menambahkan zuriat. Walaubagaimanapun dia dan suaminya Awal Ashaari belum menjalani sebarang rawatan alternatif.

BACA  Soo Wincci Kongsi Pengalaman Tahun Ke-8 Berpuasa

β€œMemang menjadi fokus kami sekarang untuk menambah ahli keluarga. Antara sebabnya faktor usia. Buat masa ini kami masih belum mencari alternatif lain,” jelasnya lagi.

Scha berkahwin dengan Awal pada 4 Mei 2012 dan mereka dikurniakan puteri sulung pada 22 Julai 2014.

SUMBERUtusan Online
Artikel SebelumnyaKes Dadah: Soffi Jikan Diarah Bela Diri
Artikel SeterusnyaSiapa Sangka, 10 Bintang Hollywood Ini Menjalani Puasa Ramadan
Gosip Selebriti sememangnya sudah menjadi sebahagian dalam hidup saya. Tak hairanlah jika selebriti hubungi saya untuk reka cerita gosip. Cerita sahih lebih diutamakan.