Susulan daripada gambar penyanyi Aliff Aziz dan seorang gadis dikenali sebagai Nismell yang tular di media sosial, rata-rata netizen mengutuk keras tindakan penyanyi itu yang dilihat seperti tidak serik.

IKLAN

Hutang Punca Gambar Tersebar?

Malah, beberapa pendedahan lain turut dibuat mereka termasuklah mengenai punca penyebaran gambar tersebut. Berdasarkan perbualan dan rakaman video gadis berkenaan, menurut netizen, hutang merupakan sebab mengapa gambar itu sengaja disebarkan oleh satu pihak lain.

Malah menerusi sebuah video di Insta-story nya, ‘Nismell’ turut menyelar tindakan seorang gadis lain yang cuba menyebarkan gambar itu disebabkan isu hutang diantara mereka.

BACA  'Guna Nama Allah & Menipu'- Caprice Balas Tuduhan Abby Abadi

Sudah Lapor Pada BellaΒ 

Malah, terdapat sebuah video lain yang merupakan rakaman suara di antara isteri Aliff iaitu Bella Astillah dengan ‘si pendedah’ turut dimuatnaik.

Hangat.com difahamkan Bella kini sudah mengetahui mengenai isu suaminya itu dan berdasarkan carian kami terhadap laman Instagram Aliff, netizen mula ‘membanjiri’ ruangan komennya dengan pelbagai kecaman. Apa pun barangkali Aliff punyai jawapannya tersendiri. Sama-sama kita nantikan!