Ketika kontroversi melibatkan penyanyi yang juga pelakon, Aliff Aziz dikatakan curang bersama seorang remaja perempuan yang turut dikenali sebagai ‘gadis tiktok’ tersebar, perhatian turut diberikan kepada isteri Aliff, Bella Astillah dimana rata-rata netizen ternanti-nantikan apakah reaksi Bella selepas mendapat tahu akan perkhabaran tersebut.

Bella Mahu Berpisah?

Setelah beberapa jam tersebar, akhirnya Bella memuat naik satu kenyataan panjang berkenaan status hubungannya terkini bersama suaminya itu. Selepas beberapa kontroversi yang hampir sama terjadi sebelum ini, Bella akhirnya membuat keputusan dimana dia akan meneruskan kehidupannya tanpa Aliff. Ujar Bella, dia akui segala apa yang terjadi terlalu berat untuk diluahkan namun untuk anak tunggalnya itu, dia harus berbuat demikian demi masa depan mereka bersama. Tambah Bella lagi, dia turut memohon agar mana-mana pihak tidak akan hubungi mahupun menghantarnya mesej bertanyakan keadaan mereka kerana menurut penyanyi itu dia memerlukan masa untuk menempuhi dugaan tersebut.

View this post on Instagram

Assalamualaikum ✨ Thank you for your thoughts and opinions on my struggling marriage, it has not been easy at all, but I know some of you have good intentions for reaching out to me while some are just malicious for calling me out as being the biggest idiot in the world for trying to uphold my fallen marriage. . It has taken me everything, mentally and physically, to finally come to the decision that I will be moving on with my life without Aliff, if I want it to improve in any way at all for my son. . I would sincerely appreciate it if the public would stop sending me dms, calling, and messaging me to further talk and speculate on this issue. I’ve given you a piece of my mind, all I ask is that you respect my decision and give me some space while I go through these trying times. . Thank you from the bottom of my heart. . “Moving on with my little soldier. Thank you for all the support especially my family 🙏🏻” @bellagurdians

A post shared by B E L L A A S T I L L A H (@bellaastillah) on

Dibanjiri Sokongan Peminat Dan Rakan Artis 

Sejak memuatnaik kenyataan tersebut, posting berkenaan dibanjiri lebih dari 17 ribu komen yang rata-ratanya mendoakan yang terbaik buat Bella dan anaknya selain memuji ketabahan yang dimilikinya. Selain peminat, ramai rakan-rakan artis turut meninggalkan komen buat Bella dan menyatakan sokongan mereka.

Bella dan Aliff telah mendirikan rumahtangga pada 9 Disember 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Putera Ayden yang kini berusia dua tahun.