Susulan kes melibatkan Aliff Aziz bersama seorang gadis ‘Tiktok’ yang dikenali dengan nama samaran Nismell di laman Instagram nya. beberapa pendedahan kisah sebenar telah dibuat gadis ini menerusi laman Instagram nya.

Akui Bergambar Bersama Aliff

Menurutnya, berkaitan dengan gambar yang tersebar itu dia akui bahawa dia ada mengambil gambar bersama Aliff dalam sebuah ‘private party’. Namun, dia menafikan sekeras-kerasnya mereka menjalinkan sebarang hubungan yang terlarang kerana masih tahu akan batas-batasnya.

Tidak Menolak Perbuatan Khianat 

Tidak menolak bahawa ianya merupakan satu perbuatan khianat sesetengah pihak, gadis itu turut mendakwa gambar itu tersebar kerana ‘pihak tersebut’ iri hati kerana dia dapat bergambar bersama seorang selebriti (Aliff). Mengakhiri kenyataan itu, dia memohon maaf atas penyebaran tersebut sehingga menjadi sebuah kontroversi panas dan akui tidak tahu bagaimana ingin menjernihkan keadaan semula.

Rata-rata netizen menyelar tindakan gadis itu dan Aliff kerana selain mencemarkan kesucian bulan Ramadan dengan kes seumpama ini, mereka juga didakwa tidak menghormati Bella sebagai ‘isteri orang’. Sehingga kini, Aliff masih belum memberikan sebarang penjelasan dan turut menyahaktifkan ruangan komen di laman Instagram nya.