Siapa sangka disebalik namanya, figura ini mempunyai ’empayar’ nya tersendiri dan penuh variasi! Dr Irma Shida Abu Samah, 40 bukan sahaja mempunyai klinik pergigian sendiri, syarikat rakaman dan produk kecantikan, kini beliau berbangga dengan sebuah lagi ‘produk’ keluarannya.

IKLAN

Lancar Portal Gaya Hidup

Baru-baru ini di D’Kayangan Grill & Barbeque Steambot, Shah Alam telah diadakan sebuah majlis pelancaran portal gaya hidup milik Dr Irma dan dalam masa yang sama turut meraikan anak-anak yatim.

Didaftarkan atas www.drirma.com.my menurut Dr Irma, majlis yang diadakan ini bukan sahaja ingin memperkenalkan portal tersebut malah ianya sebagai tanda penghargaan buat rakan-rakan artis dan pihak media yang banyak menyokongnya selama ini.

BACA  [GAMBAR] Aishah Muat Naik Surat Tuntutan Mahkamah Terhadap DSV Di Instagram

Punyai Pelbagai Segmen 

Sebagai info, Dr. Irma Skincare & Cosmetics dan Dr. Irma Entertainment telah bertapak hampir empat tahun di dalam industri dan turut mempunyai beberapa penyanyi baharu dibawah naungannya seperti Ray Asri, Akmar Natasha dan juga Jiha Akhir.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai portal nya, ianya bakal diisi dengan pelbagai segmen seperti Kesihatan, Hiburan, Kecantikan & Fesyen, Gaya Hidup, Buletin & CSR, Dr.Irma TV dan tidak ketinggalan Beli Online yang memberi peluang kepada pembaca untuk mendapatkan produk-produk keluaran Dr.Irma Skincare & Cosmetics. Tahniah diucapkan buat Dr Irma!