Jika sebelum ini, penyanyi Misha Omar telah mengabadikan kenangan terindahnya dengan menjadi pembaca berita atas undangan khas, kali ini giliran penyanyi kesayangan ramai, Dato Sri Siti Nurhaliza pula berbuat demikian.

IKLAN

Siti Bergelar Penyampai Berita 

Pernah lihat ‘tokti’ membaca berita? Bersempena dengan Hari Guru yang akan jatuh pada 16 Mei ini. Siti akan memmbuat kemunculan khas dengan menjadi pembaca berita menerusi Komuniti AWANI khas bagi menghargai golongan pendidik. Meskipun akan ditayangkan pada jam 8.15 malam 16 Mei ini, Siti terlebih dahulu ‘belanja teaser’ menerusi laman Instagram nya yang membuatkan peminatnya begitu teruja ingin menonton penyanyi kesayangan mereka itu membaca berita.

Hargai Jasa Guru 

Menurut sumber, jika dberikan peluang menjadi seorang pendidik dia ingin menjadi guru bagi subjek Pendidikan Jasmani dan Bahasa Melayu.

BACA  [VIDEO] Siti Nurhaliza Dedikasi Lagu Buat Skuad Harimau Malaya

Jelas Siti, kedua-dua subjek ini merupakan subjek kegemarannya di bangku sekolah selain turut menghargai jasa guru-gurunya selama ini.

“Saya nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga. Hanya Allah sahaja yang akan membalas setiap jasa anda. Anda adalah insan yang banyak memberikan manfaat kepada diri saya dalam menjadi orang yang berjaya,”