Umat Islam di seluruh dunia kini tengah menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadan tahun 2019. Beberapa selebriti di Malaysia ternyata menjalani Ramadan di saat tengah mengandung atau dalam kondisi hamil. Hal tersebut tentu menjadi cabaran tersendiri bagi mereka.

Wanita yang tengah hamil sebenarnya diberikan keringanan untuk tidak berpuasa dan menggantinya di hari lain. Namun, ada beberapa selebriti Tanah Air yang tengah hamil diketahui tetap memilih untuk berpuasa di tengah bulan Ramadan.

Siapa di antara mereka? Hangat.com menghimpunkan 7 selebriti yang berbadan dua di bulan Ramadan, yang nombor 2 tu sedang menunggu hari jer!

Baru-baru ini pelakon Elfira Loy mengesahkan yang dia kini hamil anak sulung selepas empat bulan berkahwin dengan Faris Khairol Anuar. Elfira yang dijangka melahirkan anak pada penghujung tahun ini. Dipetik dari BH Online, Elfira tetap berusaha menjalani ibadah puasa. Menurutnya, dia tidak mahu terlalu memanjakan diri hingga mengabaikan tanggungjawab melunaskan Rukun Islam ketiga itu.

BACA  Ada Yang Tak Dapat Masuk! 5 Perihal Mengenai Konsert Blackpink Di Malaysia

Sedang sarat mengandung ketika menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan, isteri kepada pelakon Hairul Azreen ini nampaknya sedang menghitung hari menunggu kelahiran anak kedua. Hanis Zalikha kini hamil lapan bulan dan rata-rata netizen begitu teruja dengan berita kehamilan tersebut dan mendoakan agar segalanya dipermudahkan.

Pelakon Izreen Azminda tengah menjalani kehamilan anak pertamanya selepas berkahwin dengan Ude Wahid. Menerusi akaun Instagramnya, Izreen memuat naik foto yang menampakkan perubahan bentuk badannya. Menurut Izreen, berat badannya kini telah mencecah 70 kg selepas kandungannya mencecah usia 7 bulan.

Beberapa bulan saja lagi, Shila Amzah bakal melahirkan anak pertamanya tidak lama lagi. Shila antara ibu-ibu yang bertuah kerana dapat merasa pengalaman mengandung di bulan Ramadan. Pasti banyak cabarannya!

Usia kehamilan Adira Suhaimi telah memasuki usia lima bulan pada bulan Mei ini. Difahamkan Adira dan suami yang bakal menimang cahaya mata ketiga pula kali ini.

Sedang sarat mengandung ketika menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan, isteri kepada pelakon Hairul Azreen ini nampaknya sedang menghitung hari menunggu kelahiran anak kedua. Hanis Zalikha kini hamil lapan bulan dan rata-rata netizen begitu teruja dengan berita kehamilan tersebut dan mendoakan agar segalanya dipermudahkan.

BACA  Anggun! Selepas Melahirkan Tengku Ismail Leon Petra, Oksana Voevodina Tampil Berhijab