Kontroversi melibatkan peserta Pencetus Ummah Abu Sufyan (PU Abu) dan isterinya semakin hangat diperkatakan apabila semalam media tempatan melaporkan lafaz cerai melalui aplikasi WhatsApp yang dilakukan pendakwah bebas itu tidak sa selepas diputuskan Mahkamah Rendah Syariah Klang.

IKLAN

Sah Cerai Talak Dua 

Namun begitu, tidak lama kemudian, menurut sumber pasangan ini disahkan bercerai dengan talak dua selepas kedua-dua mereka kembali ke mahkamah gara-gara PU Abu dikatakan tidak memberi kenyataan penuh. Bagaimanapun, dia dikatakan enggan berkongsi kenyataan tambahan tersebut kepada umum begitu juga dengan Ain ‘Afini kerana dia mendakwa kenyataan tersebut akan mengaibkan pihak sana (PU Abu).

BACA  Ras Adiba Radzi Tamatkan Zaman Solo Bersama Duda Anak Enam

Bukti Perceraian Akan Diperoleh Dalam Masa Sebulan

Berdasarkan info, selepas mereka berpatah balik dan memberikan kenyataan secara menyeluruh mahkamah telah memutuskan pasangan ini sah bercerai dan bukti perceraian tersebut akan diperolehi dalam masa sebulan. Terdahulu, pada 28 Januari PU Abu telah menceraikan Ain ‘Afini talak satu bagaimanapun mereka berdua rujuk semula sebulan kemudian. Tidak lama kemudian, PU Abu menghantar teks lafaz cerai menerusi WhatsApp pada pukul 11.44 pagi, 13 Mac lalu selepas seminggu meninggalkan Ain ‘Afini. Ain ‘Afini yang kini sarat mengandung tujuh bulan dijangka akan melahirkan bayi mereka Julai depan.