Sebelum ini, penyanyi yang juga pelakon Aliff Aziz telah terpalit dengan kontroversi panas melibatkan beberapa orang wanita termasuk selebriti tempatan. Bermula dengan Afifah Nasir, Oktovia Manrose dan seorang gadis dikenali sebagai Nismell, kini muncul pula ‘wanita keempat’ yang mula tersebar di media sosial.

Gambar Bercumbu Bersama Wanita Lain Pula TersebarΒ 

Tidak pasti sama ada gambar tersebut merupakan gambar terbaharu atau sebaliknya namun beberapa gambar penyanyi itu bersama dua orang wanita hangat diperkatakan. Lebih mengejutkan pada salah satu gambar tersebut kelihatan lelaki mirip Aliff telah bercumbu dengan wanita itu.

Diambil Di Kelab Hiburan

Biarpun memakai cermin mata, namun berdasarkan pemerhatian kami terdapat persamaan baju yang dipakai pada gambar-gambar yang tular itu.

BACA  "Setakat Aliff Aziz Tak Ada Apa!" - 'Wanita Keempat' Dedah Kisah Sebenar

Rata-rata netizen tidak menolak bahawa kedua-dua wanita itu merupakan model dan gambar tersebut dipercayai diambil di sebuah kelab hiburan.