Semakin hari, semakin banyak kes penipuan yang melibatkan scammer yang mengambil kesempatan di atas perniagaan orang lain. Itulah yang terjadi kepada pelakon yang baru sahaja melahirkan anak kedua, Syatilla Melvin.

IKLAN

Seperti mana yang kita tahu, isteri kepada pelakon Shaheizy Sam ini sibuk mengendalikan perniagaan kosmetik, Kekasih, yang diasaskan bersama adik-beradiknya. Produk berkenaan baru sahaja dilancarkan pada 1 Mei lalu.

Menerusi laman Instagramnya sebentar tadi,Β  dalam kesibukkannya menjalankan perniagaan barunya, ada seorang pemilik akaun instagram @kekasihthemelvinsjb_, (akaun sudah dihapuskan) bernama ‘Puteri’ telah membuat penipuan terhadap pembeli dengan mengambil duit dari tempahan produk KEKASIH by The Melvins.

Menurut Syatilla, suspek sudah lama menjalankan perniagaan haram ini dan memohon pengikutnya supaya berhati-hati.

“SCAMMER BODO NI DUK MENIPU DUIT ORG!!! Makan duit haram dah bertahun2! Amik order kekasih kiri kanan tapi xpernah ada stock kt tangn!tolong report ig dia ramai2! @kekasihthemelvinsjb_ / @_plsdmterus_ !! HANG NAK MAIN GAME KAN?? SAT KAMI AJAQ MUKA HANG, NAMA PUTERI TAK LINK DENGAN MUKA N PERANGAI”- tulisnya di Instagram.

Kepada yang pernah berurusan dengan suspek ini, lebih baik buat laporan dengan segera sebelum ramai lagi jadi mangsa penipuan. Anda kena tahu, banyak taktik yang digunakan oleh scammer untuk mengaut keuntungan.Β  Jadi berhati-hatilah ketika membeli dan pastikan dari pengedar yang sah.