Khabar duka menyelubungi dunia Hollywood apabila pelakon, Isaac Kappy,42 dilaporkan meninggal dunia dalam keadaan yang cukup tragis dipercayai kerana niat ingin membunuh diri.

IKLAN

Dirempuh Trak 

Aktor yang popular menerusi filem Thor ini dipercayai telah terjun dari sebuah jambatan di Transwestern Road sebelum jatuh ke atas jalan raya Interstate 40 di Bellemont, Arizona. Sejurus selepas terjun, badannya terus dirempuh oleh sebuah trak yang menyebabkannya meninggal dunia di tekmpat kejadian.

Sempat Tinggalkan Nota Terakhir 

Menurut sumber, seorang penunggang motorsikal sempat menahan Isaac daripada terjun ke jalan raya tersebut namun ianya tidak berhasil. Berita kematian aktor ini ternyata mengejutkan industri apatah lagi sebelum meninggal dunia, dia sempat membuat sesi secara langsung di laman Instagram nya berkenaan ‘kegelapan dalam dirinya’, malah sempat memohon maaf.

BACA  Ziana Zain Dipilih Menjadi 'Cover' Pertama Portal Pelayar Patuh Syariah

Dalam posting terakhirnya pula, dia akui telah menjual dadah dan begitu banyak kesalahan yang dilakukannya sehingga timbul penyesalan. Terdahulu, Isaac pernahh menggemparkan dunia apabila pernah cuba ingin mencekik anak perempuan Michael Jackson, Paris.