Sebelum bernikah dengan Putera Harry, Meghan Markle sebetulnya pernah bernikah dengan Trevor Engelson, yang merupakan seorang Pengarah.

IKLAN

Pernikahan Meghan Markle dan Trevor Engelson tersebut tak berpanjangan, hanya bertahan selama dua tahun saja. Namun, alasan perceraian Meghan Markle dengan Trevor Engelson begitu dirahsiakan oleh ramai pihak.

Meski begitu, sebuah rakaman dokumentari berjudul “Meghan Markle: Movies, Marriage & Motherhood” tentang alasan Meghan Markle dan mantan suami memilih bercerai akhirnya telah didedahkan.

Alasan itu diungkap oleh koresponden kerajaan, Ashley Pierson yang menjelaskan sebenarnya Meghan Markle bercerai, kerana masalah karier.

“Mereka sudah bersama sejak tujuh tahun, kemudian bernikah selama dua tahun. Permasalahan mereka adalah jarak. Saat mereka baru menikah, Meghan Markle harus melakukan penggambaran siri Suits dan pindah ke Toronto. Sedangkan, Trevor di Los Angeles,” jelasnya.

Kerana itu, pasangan ini memutuskan untuk mengakhiri hubungan mereka yang masih berusia 2 tahun tersebut. Kemudian, barulah Meghan Markle bernikah kembali bersama Putera Harry, yang kini dikurniakan bayi comel bernama Archie.

BACA  Jadi Model Pakaian Dalam! 8 Foto Seksi Georgina Rodriguez, Kekasih Cristiano Ronaldo
SUMBERDaily Express
Artikel SebelumnyaPasya Mentor 7 Tak Cemburu Kejayaan Megat
Artikel SeterusnyaAliff Aziz & Bella Astillah Sah Cerai Talak Satu
Gosip Selebriti sememangnya sudah menjadi sebahagian dalam hidup saya. Tak hairanlah jika selebriti hubungi saya untuk reka cerita gosip. Cerita sahih lebih diutamakan.