realme Malaysia, sebuah jenama teknologi global dengan kerjasama Lazada Malaysia dan Shopee Malaysia kini telah memperkenalkan rangkaian peranti terbaharunya iaitu realme 3 Pro dan realme C2 di pasaran Malaysia sejak dua hari yang lalu.

Spesifikasi Realme 3 Pro

Edisi terungul realme untuk golongan muda, realme 3 Pro menawarkan prestasi yang luar biasa dari segi hayat bateri, kejelasan skrin, pengimejan serta reka bentuk. Terdapat secara eksklusif di Lazada Malaysia, ia menawarkan pengguna dengan pengalaman terunggul dan Cipset yang kuat dan bateri berkapasiti tinggi dengan VOOC 3.0. Prestasi realme 3 Pro telah ditingkatkan sepenuhnya dimana proses pengeluaran 10nm pemproses Snapdragon 710 dan arsitektur lapan teras Kryo, yang membolehkan realme 3 Pro mencapai kelajuan jam sehingga 2.2GHz. Adreno 616 GPU menjamin visual yang nyata dan menjadikan imej 3D yang lebih efisien dan maju untuk pengalaman permainan yang lebih baik.

Dari segi hayat bateri, realme 3 Pro dilengkapi dengan bateri berkapasiti tinggi 4045 mAh – cukup untuk memenuhi keperluan pengguna yang tegar, dan kelebihan yang besar dalam julat harganya. Pada masa yang sama, CABC (Kawalan Lampu Belakang) dapat meningkatkan jumlah hayat bateri sebanyak 5 hingga 10%. Realme 3 Pro dilengkapi sepenuhnya dengan teknologi pengesasan pantas VOOC 3.0.

Spesifikasi Realme C2

Produk Entry-Level Value King, iaitu realme C2, boleh didapati secara online, eksklusif di Shopee Malaysia, menggabungkan reka bentuk dan prestasi terbaik dalam segmen harganya. Realme dengan bangganya membawa reka bentuk berlian klasik untuk realme C2, yang kini mempunyai reka bentuk smudge-free. Realme C2 menggunakan skrin dewdrop bertakuk kecil 6.1 inci HD+ dengan nisbah skrin-ke- badan 89.35%. Peranti ini menggunakan garis melengkung di kawasan dewdrop, bukannya garis lurus dan sudut, menjadikan skrin lebih indah, cantik dan elegan.

Dengan bateri 4000 mAh yang besar,bateri berkapasiti tinggi digabungkan dengan pemproses Helio P22, membuatkan bateri lebih lama. Dwi kamera 13MP + 2MP berkuasa AI dengan Chroma Boost pula menghasilkan gambar yang seimbang. Ia juga dilengkapi dengan Bokeh Effect untuk membantu anda mengambil gambar potret dengan sempurna, dan juga menyokong rakaman video 1080p dan video Slo-Mo. Peranti ini juga memasarkan kamera hadapan 5 juta piksel untuk memberikan swafoto dengan definisi yang lebih baik dan meningkatkan rangkaian HDR dalam persekitaran cahaya dan latar cahaya yang rendah, menjadikan setiap perincian jelas dalam pelbagai persekitaran.

Promosi Ramadhan

Bersempena dengan bulan ramadhan, realme Malaysia juga bekerjasama dengan Lazada Malaysia dan Shopee Malaysia, menyediakan tawaran hebat untuk realme C1, realme 2 Pro dan realme 3.