Selepas kejayaan single Forevermore, penyanyi Yunalis Zarai atau lebih dikenali sebagai Yuna tampil dengan ‘buah tangan’ terbaharu buat peminatnya dimana dia sekali berkolaborasi bersama bintang rap Amerika Syarikat (AS) G-Eazy menerusi single berjudul Blank Marquee.

Mencecah Hampir 1 Juta Tontonan 

Sejak dimuat naik pada 12 tengah malam tadi di saluran YouTube, jumlah tontonan video muzik tersebut mencecah hampir 1 juta tontonan! Menariknya mengenai video muzik ini ianya juga diarahkan oleh suaminya sendiri, Adam Sinclair dan sekali memilih Malaysia sebagai lokasi penggambaran.

Tampilkan Amerul Affendi 

Jika sebelum ini Yuna telah memilih beberapa kawasan seperti di Stadium Malawati Shah Alam sebagai lokasi penggambarana kali bandaraya Kuala Lumpur dipilih sebagai latar belakangnya. Jika dilihat di dalam video muzik Blank Marquee ini anda pasti akan terperasan dengan pelakon berbakat, Amerul Affendi.

Rata-rata peminat begitu teruja melihat video muzik Yuna ini selain memuji ianya benar-benar membawa nama Yuna ke persada dunia. Sungguh ‘catchy’ bukan?