Terdahulu, ligament kaki kanan pelakon Hairul Azreen dikatakan terkoyak ketika menjalani penggambaran filem Wira. Hairul dikatakan cedera ketika melakukan aksi terjun daripada tingkat dua sebuah bangunan. Lantaran itu, doktor menasihati Hairul supaya berehat selama lapan minggu namun nasihat tersebut diendah pelakon ini kerana enggan
menyusahkan pihak produksi filem yang diterajui oleh Adrian Teh.

Belakang Badan Cedera 

Terbaru, Hairul sekali lagi dilaporkan cedera apabila bahagian belakangnya kelihatan berdarah seakan-akan tertoreh benda yang tajam. Perkongsian itu dibuat Hairul menerusi laman Instagram sambil sempat berseloroh.

Melihatkan pada video itu yang menunjukkan Hairul sedang menerima rawatan, rata-rata pengikutnya di laman Instagram berasa terharu melihat pengorbanan dan kerja keras Hairul demi filem tersebut selain mendoakan agar Hairul segera pulih daripada kecederaan.

Teruja Menantikan Kelahiran Cahaya Mata Kedua 

Dalam perkembangan lain, Hairul dan isteri iaitu Hanis Zalikah juga dikhabarkan sedang ‘menanti hari’ untuk menimang cahaya mata kedua mereka tidak lama lagi. Malah Hairul sempat memuat naik gambar mereka sekeluarga selain ucapan ‘menantikan’ cahaya mata mereka itu.

Hanis dan Hairul telah berkahwin pada 5 Jun 2015 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Yusuf Iskandar.