Siapa sangka, ramalan peminat sebelum ini mengenai pelakon manakah yang akan memegang watak Bruce Wayne atau watak lainnya sebagai Batman ternyata tidak tepat. Sebelum ini, antara nama-nama pelakon yang disebut menggantikan Ben Affleck adalah Jake Gyllenhaal, Kit Harington, Scott Atkins dan banyak lagi.

Robert Pattinson Adalah Batman? 

Hari ini, topik ‘Batman’ menjadi bualan hangat seluruh dunia apabila pelakon yang terkenal menerusi filem Twilight iaitu Robert Pattinson dikhabarkan akan memegang watak utama filem Batman terbaharu. Biarpun tidak dapat dipastikan secara muktamad, namun sumber antarabangsa melaporkan pelakon itu adalah ‘the new Batman’

Lebih Kepada Simbol Seks 

Biarpun begitu, ianya bukanlah lagi suatu rahsia kerana nama Pattinson juga tersenarai sebagai ramalan awal peminat namun diketepikan gara-gara faktor pembawakannya lebih kepada simbol seks seperti filemnya terdahulu.

BACA  Zizan Razak Kembali Menyanyi! Berduet Bersama Ismail Izzani

Jika benar khabar berita ini, Warner Bros dan DC Comics akan memulakan penggambaran mereka pada musim panas sebelum ianya tayangannya dijangka akan menembusi pasaran pada 25 Jun 2021.