Nazifuddin Najib iaitu anak bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah selamat mengikat tali pertunangan dengan ahli politik muda dari bekas parti pemerintah Indonesia Golkar pada 4 Mei lalu.

Foto: FMT

Seperti yang dilaporkan oleh FMT, majlis pertunangan Nazifuddin Najib, 32 tahun, dan Fitri Aprinasari Utami, 25 tahun, yang juga merupakan anak kepada ahli perniagaan Indonesia terkenal, Tommy Sumardi itu diadakan di sebuah hotel di Jakarta.

Sudah semestinya, ramai yang tertanya bagaimana wajah wanita yang menjadi pilihan Nazifuffin ini. Hangat.com ingin kongsikan 10 foto Fitri Aprinasari yang begitu jelita dan memiliki raut wajah yang sangat ayu.

Pada majlis pertunangan tersebut, Fitri Aprinasari kelihatan sangat berseri dan cantik sekali dalam persalinan busana tradisional berona merah hati bersama Nazifuddin yang menyarung persalinan lengkap Baju Melayu berwarna sedondon.

Nazifuddin, adalah seorang daripada tiga anak Najib daripada hasil perkahwinan terdahulu dengan Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar. Seperti yang dilaporkan,  pasangan ini merancang melangsungkan perkahwinan pada Disember ini.