Laman sosial hari ini dihujani dengan ucapan takziah daripada barisan selebriti tanah air yang turut berduka dengan pemergian pengasas produk kecantikan Dnars, Faziani Rohban Ahmad selepas terbabit dalam kemalangan di Pattani, Thailand, hari ini.

Sebilangan besar daripada mereka menyatakan rasa tergamam dengan berita yang mula tersebar seawal jam 10 pagi selepas anaknya  Iqbar Hakim mengesahkan pemergian ibunya menerusi akaun Instagramnya pagi ini.

Penyanyi Datin Noor Hasliah Abu Hasan atau lebih mesra dipanggil Alyah yang begitu terkesan dengan berita pemergian arwah, dalam laman sosial Instagramnya berkongsi mengenai perkenalannya dengan arwah di kota suci Mekah.

“Al Fatihah buat Arwah Hajah Datin @faziani_rohban, perginya dibulan yg mulia. Saya Tergamam dengan berita ini. Tapi siapa saya untuk melawan coretan dari langit. Kenal di Mekah pertemuan di depan pintu masjidil Haram, perkenalan dalam waktu yang singkat tapi Arwah seorang yang sangat sangat peramah. Subhanallah. Saya masih tak percaya. Mohon saya sahabat sahabat di ig kita sedekahkan Al Fatihah buat insan berhati mulia ini.” tulisnya di Instagram

Alyah turut berkongsi salah satu nasihat yang disampaikan oleh arwah kepadanya.

“Saya akan ingat pesan arwah, berniaga sungguh-sungguh hingga kita kaya raya untuk kita bantu orng susah. Itu la ketenangan hati sebenar bila dapat bantu orang susah. Kepada keluarga Arwah kak Ani Salam Takziah semoga tabah dan kuat menhadapi dugaan ini.”

Tegur Sikap Biadab Netizen

Dalam kesedihan di atas kehilangan orang disayangi, ada juga segelintir netizen yang tidak sensitif akan hal sebegini. Jika dilihat pada ruangan komen di Instagram Alyah, terdapat beberapa komen yang seolah-olah tidak menghormati pemergian arwah.

BACA  Baby Belanja Senyuman"- Izreen Azminda & Ude Wahid Kongsi Gambar Bakal Anak

Alyah dengan terbuka hati telah membalas komen berkenaan dan meminta supaya individu berkenaan dapat menghormati sesebuah kematian.

Sememangnya, netizen perlu lebih sensitif kepada sesuatu keadaan. Teguran Alyah patut dijadikan panduan buat orang ramai yang suka memberi komen-komen yang langsung tidak sensitif dengan hal kematian.

Mengenai perkembangan terbaru, suami kepada arwah, Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 42, cedera di mata dan dilaporkan stabil. Jenazah dijangka tiba jam 4 petang sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kedemit. Takziah buat seisi keluarga.