Sejak akhir-akhir ini, penyanyi dan komposer Hael Husaini menjadi sorotan sekaligus bahan perbincangan netizen. Bukan terkait dengan kerjayanya dalam bidang nyanyian, melainkan dia terlihat agak berisi pada ketika ini.

Jika dibandingkan dengan penampilan dirinya sebelum ini, ternyata ada sedikit berbeza di mana dia terlihat semakin gempal lagi-lagi dibahagian pipinya.

Namun seperti yang diperjelaskan menerusi wawancaranya bersama Harian Metro, Hael mengakui berat badannya naik disebabkan pengambilan ubat akibat masalah pita suara yang dialaminya sejak April lalu.

“Ubat itu menyebabkan saya berat badan saya cepat naik. Dalam seminggu boleh naik enam hingga lapan kilogram. Daripada berat 53 kilogram sekarang menjadi 61 kilogram. Jadi, sekarang saya fokus dulu pengambilan ubat hingga sembuh. Selepas itu saya cuba kembali kepada asal,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Hael ubat itu bukanlah membuatkan selera makannya bertambah namun badan tetap naik. Hael turut akui bahawa kebanyakkan semua seluarnya pun sudah ketat.

BACA  Jadi 'Abam Polis' Dalam Nur 2, Ini 10 Foto Sefik Khair Yang Buat Ramai Gadis 'Cair'

Sejak nampak berisi sikit ni, makin kacak pulak nampak Hael sekarang ni siap berjambang!