Salah satu anggota kumpulan Spice Girls, Mel B, baru-baru ini mengalami satu peristiwa yang agak mengerikan. Seperti yang dilaporkan oleh The Sun, Mel B tiba-tiba hilang penglihatan pada Jumaat minggu lalu.

Terdahulu Mel B dikhabarkan menderita kerana gagal dalam pembedahan laser dan buta di mata kirinya. Lima tahun lalu, dia sememangnya  mempunyai masalah mata.

Salah satu sumber di Hospital Moorfields London memberitahu kepada The Sun bahawa Mel B datang ke Hospital menggunakan penutup mata dan mengatakan:

“Aku tak boleh lihat apa-apa. Aku benar-benar buta.”

“Dia benar-benar sedang kesakitan”.

Penyanyi yang dijuluki “Scary Spice” ini lalu dirujuk ke Hospital Luton and Dunstable bahagian oftalmologi, yang berkenaan dengan mata.

BACA  Kim Kardashian Bakal Timang Anak Keempat Guna Khidmat Ibu Tumpang!

Mel disebut sangat panik dan berteriak bahawa dia tidak boleh melihat apa-apa. Dia pergi ke hospital dengan kereta yang dipandu oleh pemandu peribadi dan ditemani seorang pembantu yang memegang tangannya.

“Tidak ada yang tahu apa yang menyebabkannya buta, tetapi dia mendapat rawatan yang sangat cepat, dan sangat baik.”

“Tidak jelas apakah kehilangan penglihatan terkait dengan masalah sebelumnya”

Walaubagaimanapun, Mel B telah melawan arahan doktor, untuk bergabung kembali dengan Spice Girls yang sedang berlatih untuk tour mulai Jumaat, 24 Mei mendatang.

Penyanyi 43 tahun ini masih memerlukan rawatan intensif lebih lanjut, kemungkinan akan membuatkan dirinya lebih banyak berkunjung ke hospital.